KUALA LUMPUR 20 Sept. – Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 10 tahun dan enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdagangkan seorang remaja perempuan bagi maksud eksploitasi seks, tiga tahun lalu. Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pemandu lori, M. Yuvaraja; tukang gunting rambut, R. Subramaniam dan kelindan lori, S. Sangkar selepas mendapati pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan. “Keterangan pembelaan…










