KUALA LUMPUR 26 Sept. – Tiga cedera apabila sebuah van terbalik dalam kemalangan di Kilometer 7.8, Lebuh Raya Guthrie, Sungai Buloh dekat sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 pagi itu, van Toyota Hiace berkenaan yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan membawa 13 pelajar ke sebuah sekolah yang terletak berhampiran. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.40 pagi…










