GENEVA 11 Sept. – Seramai 275,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat kemarau di barat Afghanistan dan dua juta orang diancam kesan kekurangan bekalan air. Laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan kemanusiaan menunjukkan para petani mengalami kekurangan benih untuk menyemai tanaman di beberapa kawasan dan haiwan ternakan mati kerana tidak mempunyai bekalan makanan mencukupi. Afghanistan, sebuah negara di mana hampir 20 juta orang bergantung sepenuhnya kepada bidang pertanian,…










