PUTRAJAYA 30 Sept.- Sebanyak 220,076 murid tahun lima di seluruh negara menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2018 bermula esok sehingga 4 Oktober ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sebanyak 5,904 pusat peperiksaan dibuka untuk tujuan tersebut. “Ujian ini dilaksanakan untuk kanak-kanak Islam tahun lima sekolah KAFA bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap penguasaan mereka dalam penghayatan ilmu al-Quran dan…










