21 pengamal media sertai kembara ke Langkawi - Utusan Malaysia

21 pengamal media sertai kembara ke Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 8 Sept. – Sebanyak 21 pengamal media daripada 15 agensi di seluruh negara mengikuti program Kembara Media Langkawi anjuran Jabatan Penerangan di sini hari ini.

Program yang memasuki tahun ke-13 itu diadakan bagi memberikan maklumat kepada pengamal media mengenai pelbagai lokasi pelancongan menarik di sekitar Langkawi.

Melalui penganjuran tersebut, pengamal media akan dibawa mengunjungi pelbagai lokasi pelancongan sebelum menghebahkan perkara tersebut kepada pembaca.

Antaranya mereka akan dibawa melawat Taman Buaya, Kompleks Kraf, menyaksikan pembangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi serta berpeluang menaiki kereta kabel Langkawi SkyCab.

Program tersebut yang bermula hari ini akan berakhir Selasa depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN