TEMERLOH 2 Sept. – Sebanyak 21 ekor gajah termasuk enam anak haiwan itu dijamu dalam ‘Kenduri Gajah’ sempena Sambutan Hari Gajah Sedunia peringkat kebangsaan di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di sini hari ini. Gajah-gajah berkenaan yang dijaga pusat itu dibawa keluar kira-kira pukul 11 pagi ke kawasan dataran untuk dijamu. Kumpulan haiwan itu yang diketuai seekor gajah berusia 81 tahun kemudian diberi pelbagai jenis buah-buahan seperti nanas, tembikai dan…