20 kru sesak nafas, set penggambaran terbakar - Utusan Malaysia

20 kru sesak nafas, set penggambaran terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Sebanyak 20 kru set penggambaran hampir lemas akibat terhidu asap selepas penggambaran babak kebakaran yang dirakam tidak dapat dikawal dalam kejadian di Bandar Bukit Puchong, Subang Jaya dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, seorang daripada mangsa dikatakan berada dalam keadaan kritikal berikutan terhidu asap ekoran kejadian tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Putrajaya, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putrajaya Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian pukul 7.06 pagi.

“Empat anggota dikejarkan ke lokasi untuk memberi bantuan awal dan membawa mangsa ke Hospital Serdang.

“Punca kebakaran tidak dapat dipastikan, namun maklumat awal mendapati mereka sedang menjalankan babak kebakaran sebelum api merebak,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, hanya mengalami kesesakan nafas akibat terhidu asap dan tidak mengalami sebarang kecederaan lain,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN