ALOR SETAR 24 Sept. – Dua lelaki dipercayai tokan dadah yang cuba meloloskan diri gagal menggunakan pintu depan dan belakang ketika diserbu sepasukan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Masjid Tawar, Baling di sini hari ini. Dalam serbuan pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, pihak polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 31 tahun serta merampas dadah jenis heroin dan syabu yang dianggar bernilai RM3,600. Ketua Polis…










