JOHOR BAHRU 8 Sept. – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua buah bot nelayan tempatan disyaki menceroboh kawasan larangan di perairan berhampiran projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kota Tinggi kelmarin. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, ketika ditahan antara pukul 9 hingga 10.30 pagi itu, kedua-dua bot itu didapati sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan…









