19 maut keracunan metanol - Utusan Malaysia

19 maut keracunan metanol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Sebanyak 19 orang dilaporkan maut kerana disyaki keracunan metanol selepas mengambil minuman keras di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain mangsa yang maut,  14 pesakit berada dalam keadaan kritikal, sembilan dimasukkan ke wad untuk rawatan manakala sembilan lagi dibenarkan pulang.

“Jumlah keseluruhan ialah 51 kes iaitu 45 kes dilaporkan di Selangor manakala enam kes di Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada jumlah tesebut, tiga individu merupakan warga tempatan manakala 48 lagi terdiri daripada warga Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, kesemua mangsa menunjukkan tanda-tanda keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan, sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.

Jelas beliau, tanda-tanda dan gejala awal keracunan akan dialami bermula sehari atau dua hari selepas tarikh akhir meminum minuman tersebut.

“Laporan polis telah dibuat oleh KKM untuk mengenal pasti pengedar, pengilang dan punca keracunan sekaligus menyekat pembekalan minuman keras yang tercemar ini di pasaran,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini