18 individu disyaki penagih dadah ditahan polis - Utusan Malaysia

18 individu disyaki penagih dadah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – 18 individu termasuk seorang wanita yang disyaki penagih dadah ditahan dalam operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di kawasan Flat Hijau, Mak Mandin, Butterworth di sini hari ini.

Mereka yang ditahan dalam Op Tapis Khas selama kira-kira lima jam bermula pukul 11 pagi itu berusia antara 25 hingga 55 tahun.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya turut merampas sejumlah dadah bernilai kira-kira RM172 dalam operasi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antaranya termasuklah 3.6 gram (g) dadah disyaki heroin, 0.2g (syabu) dan 0.4g (ganja),” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Noorzainy berkata, kesemua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Penagihan Dadah 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini