KUALA LUMPUR 3 Sept. – Pesta Halal Malaysia Giant (Halfest Giant) 2018 pada 26 hingga 30 September ini dijangka dikunjungi kira-kira 150,000 pengunjung hasil pelbagai pembaharuan yang diperkenalkan. Ketua Pegawai Eksekutif Shapers Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Shukri Abdullah berkata, pihaknya selaku penganjur bersama GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. menyediakan lebih banyak peluang jualan dan jaringan hubungan untuk syarikat yang menyertai ekspo halal terbesar negara ini. “Buat pertama kali kami…










