KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap siaga dengan kecekapan logistik, peralatan serta 15,000 pegawai dan anggota yang boleh digerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi bencana banjir di negara ini. Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi), Datuk Soiman Jahid berkata, pasukannya sentiasa bersedia menghadapi bencana banjir dan bekerjasama dengan agensi keselamatan yang lain. “Bencana banjir dijangka berlaku di negeri seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan pada bulan November, Disember serta…










