15 penduduk berpindah akibat banjir - Utusan Malaysia

15 penduduk berpindah akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seramai 15 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di daerah ini petang tadi selepas rumah mereka terjejas akibat banjir.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, mereka yang terlibat merupakan penduduk dari Kampung Ladang Sengkang, Linggi dekat sini.

“Kawasan tersebut dinaiki air sehingga satu meter (m) ekoran hujan lebat sejak semalam dan kesan air pasang pada pukul 6.01 pagi mencecah 2.36m.

“Air lambat mengalir ke laut berikutan hujan pada pagi sehingga tengah hari tadi. Rumah terjejas berada di kawasan rendah dalam ladang. Bagaimanapun, hujan telah berhenti pada petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, penduduk terjejas terdiri daripada 10 dewasa, empat kanak-kanak dan seorang bayi. Mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Balai Raya Sungai Raya Linggi sebaik dibuka pukul 5 petang.

Tambahnya, operasi memindahkan penduduk melibatkan tiga pegawai dan 20 anggota APM serta dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN