NILAI 19 Sept. – Sebanyak 137 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah ditawarkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda melalui saluran kemasukan khas bagi Sesi Akademik 2018/2019. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM, kumpulan pelajar ini akan mendaftar sebagai mahasiswa USIM pada Khamis, 20 September 2018 dalam pelbagai bidang pengajian bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Saluran kemasukan khas ditawarkan oleh USIM hanya…










