KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,268 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak mengambil alih kesemua operasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bermula kelmarin. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah saman itu membabitkan kesalahan had laju (1,121) dan kesalahan lampu isyarat (147). “Operasi ini melibatkan penguatkuasaan kesalahan yang dirakam melalui kamera bagi dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya dalam satu…










