KUALA LUMPUR 15 Sept.- Sebanyak 12 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan Jabatan Imigresen di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor malam tadi. Kesemua wanita berusia 20 dan 30-an itu diberkas dalam Op Mega 3.0 yang dijalankan di lokasi itu hasil risikan dan maklumat. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, selain mereka, turut ditahan ialah 17 lelaki yang terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan. “Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan datang ke negara ini sebagai pelancong dan menjalankan aktiviti pelacuran dengan menawarkan khidmat seks kepada setiap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya