SERIAN – Seramai 12 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sangai mula menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 hari ini.
Mereka adalah sebilangan kecil daripada 40,580 calon dari 1,284 sekolah di Sarawak yang mengambil UPSR bermula hari ini hingga Khamis.
Guru Besarnya, Mazi Julai berkata, pada tahun ini, SK Sanfai mempunyai 12 calon iaitu pertambahan dua calon berbanding tahun lalu seramai 10 calon.
“Ia melibatkan tujuh murid lelaki dan lima murid perempuan yang akan menduduki UPSR sehingga Khamis ini,” katanya.
SK Sangai mempunyai seramai 84 murid dan 12 orang guru dengan masa perjalanan kira-kira dua jam setengah dari Kuching.
Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, semua calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah menduduki peperiksaan itu pada 20 September sehingga 27 September.
Manakala katanya, bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK), mereka menduduki peperiksaan pagi ini sehingga 27 September.
Kertas pertama bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK) bermula pada pukul 8.15 pagi untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman. – K! ONLINE










