BANDAR RAYA NEW YORK – Pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti identiti 1,111 mangsa yang terkorban dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), selepas 17 tahun tragedi itu berlaku. Satu pasukan daripada sebuah makmal di sini masih meneruskan usaha mengenal pasti identiti mangsa berdasarkan cebisan mayat dengan bantuan kemajuan teknologi. Usaha ini dilakukan setiap hari. Cebisan tulang yang diambil di lokasi serangan WTC itu dikisar menjadi serbuk lalu dicampur…










