11 singa ditemukan mati - Utusan Malaysia

11 singa ditemukan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 21 Sept – 11 ekor singa dipercayai mengalami jangkitan paru-paru ditemukan mati dalam tempoh 10 hari di hutan di wilayah barat India, Gujarat.

Bangkaitersebut ditemukan di hutan Gir, kira-kira 379 kilometer (km) barat daya Gandhinagar, bandar Gujarat.

Memetik seorang pegawai hutan berkata dalam tempoh 10 hari terakhir, 11 singa ditemukan mati di daerah Gir di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan tempatan telah mengarahkan siasatan ke atas kematian kesemua haiwan itu.

“Sungguh sedih untuk mengetahui kematian singa itu. Kami telah menghantar bangkai untuk bedah siasat dan sedang menunggu laporan terperinci.

“Siasatan awal mendedahkan singa itu menderita jangkitan paru-paru dan dalam kes-kes tertentu, ia telah merebak ke bahagian tubuh mereka yang lain,” kata Hitesh Vamja, Pegawai Veterinar Hutan.

Beberapa laporan yang memetik pegawai hutan mengatakan kematian mungkin disebabkan oleh kecederaan yang dialami semasa pertempuran.

Laporan turut berkata mengikut bancian 2015, terdapat 520 singa di hutan Gir.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini