GOMBAK – Sebanyak 11 pasangan pengantin selamat dinikahkan beramai-ramai sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H dan Majlis Pernikahan Perdana 2018 di Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak di sini sebentar tadi. Menurut Nazir Masjid Al-Khairiyah, Mohd. Rozi Salleh, kesemua pasangan pengantin tersebut dinikahkan oleh lima juru nikah yang diketuai oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Gombak, Khairunnaim Ramli. “Majlis pernikahan perdana ini dianjurkan bagi membantu pasangan di Selangor yang mahu membina ikatan perkahwinan.…










