BUKIT MERTAJAM – Sebanyak 11 aduan berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang sejak cukai itu dilaksanakan 1 September lepas. Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Ridzuan Ab Ghapar berkata jumlah aduan itu adalah rendah jika dibandingkan dengan aduan diterima selepas enam hari pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebelum ini. “Lapan aduan diterima itu berkenaan harga makanan di restoran terutamanya…









