104 penduduk Batu Pahat dipindahkan akibat banjir - Utusan Malaysia

104 penduduk Batu Pahat dipindahkan akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Hujan lebat sejak petang semalam di beberapa kawasan daerah ini menyebabkan seramai 104 orang mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh pagi ini.

Pengarah APM Johor, Kolonel (PA) Mat Zin Bujang berkata, pusat pemindahan sementara itu dibuka sejak pukul 6 pagi dan sehingga kini 42 keluarga dipindahkan melibatkan penduduk dari Kampung Sungai Suloh dan Sungai Ayam.

“Hujan lebat sejak petang semalam dan pertembungan air pasar besar di muara sungai Batu Pahat menyebabkan berlaku kejadian banjir pada pagi ini.

“Kita telah membuka pusat pemindahan sementara di SK Sungai Suloh dan setakat ini seramai 104 mangsa dipindahkan ekoran kawasan rumah mereka dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Zin berkata, pihaknya kini terus menjalankan pemantauan di beberapa kawasan terlibat dengan beberapa agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN