KOTA BHARU 5 Sept. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jhaeik) sudah memanggil 10 pengikut Syiah untuk diambil dan dirakam keterangan mereka. Pengarahnya, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh berkata, pihaknya juga masih meneliti mana-mana individu lain untuk dipanggil memberi keterangan. “Setakat ini kita baru hendak siapkan kertas siasatan dan belum ada tarikh yang tetap lagi untuk didakwa di mahkamah. “Keadaan masih terkawal dan belum sampai tahap yang serius fahaman…









