ALOR SETAR 20 Sept. – 10 penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena yang dicekup kurang 24 jam selepas meloloskan diri daripada pusat pemulihan di Gajah Mati, Pokok Sena kelmarin ditahan reman empat hari mulai hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Jamaludin Elias bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan. Terdahulu, semua remaja berusia antara 14 hingga 17 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di…










