10 hari tayangan, Munafik 2 cecah RM30 juta - Utusan Malaysia

10 hari tayangan, Munafik 2 cecah RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Sept. – Memasuki hari kesepuluh tayangan, filem berunsur seram Islamik, Munafik 2 terbitan Skop Productions berjaya mencatat rekod baharu dalam sejarah perfileman tanah air dengan jumlah perolehan sebanyak RM30 juta.

Mula ditayangkan sejak 30 Ogos lalu, naskhah arahan Syamsul Yusof itu terus mencetus fenomena hari demi hari, termasuk disifatkan sebagai filem Malaysia pertama meraih kutipan mencecah angka tersebut dalam tempoh paling singkat.

Syamsul menerusi entri yang dimuat naik pada laman Instagram miliknya bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terhadap karya sentuhannya itu.

“Ini adalah satu fenomena luar biasa untuk senario sinema Malaysia. Majulah industri filem negara. Alhamdulillah dan terima kasih,” ucapnya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN