KUALA NERUS – Sebanyak 10 buah bot penambang yang dihiasi Jalur Gemilang menyertai perarakan menyusuri Sungai Terengganu sejauh kira-kira lapan kilometer di sini semalam. Pengerusi Jawatankuasa Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Seberang Takir, Datuk Andri Aidham Ahmad Badri berkata, program bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan tersebut turut disertai 110 penduduk tempatan. Beliau berkata, kesemua bot penambang tersebut mula berarak dari Jeti Nelayan Seberang Takir di sini dan menyusuri beberapa kawasan tarikan pelancongan sekitar seperti Jambatan Angkat Terengganu, Pulau Warisan, Pasar Payang, Jambatan Sultan Mahmud, Masjid Kristal, Taman Tamadun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya