Zidane calon ideal ganti Mourinho - Utusan Malaysia

Zidane calon ideal ganti Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Bekas pemain Manchester United, Lee Sharpe berkata, Zinedine Zidane merupakan calon paling ideal untuk mengambil alih The Red Devils selepas menyaksikan pengurus, Jose Mourinho bergelut pada saingan Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Spekulasi perubahan pengurusan bakal berlaku di Old Trafford dalam tempoh terdekat apabila beberapa pemain dikatakan tidak berpuas hati dengan pendekatan Mourinho.

Sharpe sebelum ini menjangkakan Mourinho akan dipecat sebelum Disember ini mengakui benar-benar kecewa dengan bekas pengendali Chelsea itu yang masih bergelut untuk memberikan sentuhan terbaik kepada skuad kendalian­nya.

Mourinho dituduh sebagai pengurus hilang arah dan sering merajuk ketika dikritik dan ia berbeza watak ketika penampilan awalnya bersama The Blues selepas berhijrah dari FC Porto pada 2004.

“Situasi Mourinho kini seperti sesi percubaan bersama United. Beliau tidak pernah gembira sejak berada di kelab ini.

“Apa yang saya lihat beliau tidak mendapat pemain apa yang dimahukan pada musim panas ini dan beliau seperti merajuk. Beliau membenarkan pemain-pemain lakukan apa sahaja tanpa mengambil peduli.

“Apabila kamu sering memberontak, mengadu mengenai pemain-pemain yang tidak dapat ditandatangani dan bercakap mengenai kekurangan pemain yang sedia ada sekarang, saya tidak fikir ia bagus untuk moral pasukan.

“Apa yang boleh kita lihat adalah tiada pelan di United. Semua orang tidak tahu apa identiti United sebenar. Saya dengar khabar angin mendedahkan Mourinho tidak memberikan banyak arahan sebelum mula perlawanan.

“Sebaliknya beliau hanya memilih pemain dan membenarkan pemain-pemain itu bermain secara sendiri,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN