SEBERANG PERAI – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.07 pagi tadi selepas bertarung nyawa melawan penyakit kanser darah atau multiple myeloma.
Isterinya, Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin yang mengesahkan berita itu dalam satu kenyataan berkata, jenazah akan dibawa pulang ke Pulau Pinang bagi urusan pengebumian.
Menurutnya, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Sungai Acheh, Nibong Tebal di sini selepas solat Asar hari ini.
Zainal Abidin merupakan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari tahun 2006 hingga Mac 2008. -K! ONLINE











