PUTRAJAYA – Orang ramai boleh menjangkakan yuran konsultasi lebih mahal dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak lama lagi berikutan caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125. Kenaikan itu dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di sini hari ini. Bercakap kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah…










