SEBAIK sahaja satu bungkusan dikenal pasti mengandungi bom, robot yang dikenali sebagai XV5 bergerak mendekati objek itu untuk menjalankan tugas mematikan bom tersebut. Dibina oleh Syarikat My Conceptual Robotics Sdn. Bhd., (MyCRO), robot berwarna biru itu dihasilkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu. Kini, selepas lima tahun dibangunkan dan menjalani beberapa sesi ujian pemusnahan bom, XV5 sudah bersedia untuk berkhidmat bersama Unit Pemusnah (UPB) Bom, PDRM.…









