KUALA LUMPUR 22 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini sekali lagi menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang komplot dalam parti PKR untuk menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri kelapan. Dr. Wan Azizah yang juga presiden PKR turut menolak sebarang kemungkinan perbalahan dalam parti tersebut. “Wujud komplot? Tiada…itu semua karut,” katanya ketika ditanya sama ada wujud sebarang komplot untuk mengagalkan Anwar…










