Wisma Putra berjumpa NGO perhalusi UPR - Utusan Malaysia

Wisma Putra berjumpa NGO perhalusi UPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Ogos – Kementerian Luar akan duduk semeja dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan bagi melengkapkan laporan berhubung proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) untuk Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perbincangan berkenaan bukan sahaja untuk meneliti prestasi syor-syor diterima Malaysia tetapi juga mempertimbangkan enam triti yang belum ditandatangani negara.

Beliau berkata, pihaknya berhasrat untuk mewujudkan kayu pengukur terhadap kriteria-kriteria ditetapkan serta mengadakan laporan secara tahunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan berbincang dengan lebih banyak NGO berhubung perkara ini.

“Kita sepatutnya berbincang bukan sahaja di atas platform yang kita persetujui tetapi juga berbincang isu-isu tidak dipersetujui untuk mencari penyelesaian,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Putra di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan bersama NGO-NGO yang mewakili Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) antaranya Sister In Islam (SIS), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) selain Majlis Peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN