BEKASI, Indonesia – Kapten skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Baddrol Bakhtiar berharap dapat menggunakan pengalamannya di pentas antarabangsa bagi membantu pasukan mencipta kejutan ke atas skuad muda Jepun dalam pusingan 16 terbaik Sukan Asia 2018 Jumaat ini. Baddrol yang beraksi dalam kesemua perlawanan peringkat Kumpulan E termasuk ketika tewas kepada Bahrain percaya skuad negara mempunyai kualiti untuk menewaskan skuad Samurai Biru itu. Sebagai rekod, Malaysia minggu lalu mencipta kejutan…










