Warga Utusan raikan #QuranHour melalui program Tamankan Hati - Utusan Malaysia

Warga Utusan raikan #QuranHour melalui program Tamankan Hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Hampir 200 warga Utusan Melayu (M) Berhad meraikan Malaysia #QuranHour melalui Majlis Tamankan Hati Keluarga Utusan yang turut diisi dengan ceramah daripada penceramah jemputan, Ustaz Dr. Shauqi Othman.

Majlis itu dimulakan dengan pembacaan surah An-Naml dari ayat satu hingga 20 yang diketuai Imam Surau Al-Huda, Utusan, Mohd. Radzi Mohd Zin. 


Ia diikuti sesi ceramah oleh Ustaz Shauqi yang mentafsir ayat-ayat daripada surah tersebut untuk dihayati dan dijadikan panduan oleh warga kerja Utusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain sempena sambutan Malaysia #QuranHour, majlis Tamankan Hati Keluarga Utusan merupakan wadah untuk merapatkan hubu­ngan silaturahim antara warga kerja Utusan Melayu selain memberi motivasi. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini