Warga SMK Padang Tembak bantah projek lebar jalan - Utusan Malaysia

Warga SMK Padang Tembak bantah projek lebar jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak di sini berkumpul bagi mendesak pihak pemaju mengkaji semula

cadangan projek pelebaran jalan dua lorong kepada empat lorong di hadapan sekolah itu.


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan, Napri Sahlan berkata, projek pelebaran jalan itu bertujuan menjadikan ia

Memuatkan artikel berkaitan…

sebagai laluan keluar masuk utama ke sebuah projek kondominium berhampiran yang giat dilaksanakan.


Menurutnya, sekiranya projek pelebaran itu diteruskan keselamatan dan kesihatan pelajar bakal terancam.

“Difahamkan projek tersebut turut melibatkan kerja-kerja merobohkan sebahagian infrastruktur dan padang sekolah. Kami bukan menolak sebarang pembangunan, cuma berharap pihak pemaju dapat mencari penyelesaian terbaik,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi pertemuan dengan wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju bagi membincangkan perkara tersebut.


Menurut Napri, masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu akan bertambah serius sekiranya projek kondominium yang mempunyai 2,000 unit itu siap kelak.


“Kami memberi tempoh dua minggu untuk DBKL dan pemaju mempertimbangkan semula perkara ini dan pertemuan semula nanti diharap akan ada penyelesaiannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN