KUANTAN 26 Ogos – Seorang warga emas meninggal dunia ketika mendaki Bukit Pelindung di sini bersama rakan-rakannya pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Wan Sulaiman Wan Ibrahim, 60, yang tinggal di Balok Baru, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurutnya, dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan naik ke bukit berkenaan mengadu sakit dada dan turun semula ke bawah.…










