IPOH – Seorang warga emas mendakwa kerugian lebih RM180,000 akibat diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Balai Polis Jelutong, Pulau Pinang, Rabu lalu. Ang Tiah Cheen, 67, dari Kampung Simee di sini mendakwa menerima panggilan daripada lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Arif pada 15 Ogos lepas memberitahu dia pernah membuat pinjaman RM50,000 dan terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di Pulau Pinang. “Saya menafikan perkara itu tetapi…










