Warga emas cedera diragut lelaki bermotosikal - Utusan Malaysia

Warga emas cedera diragut lelaki bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Seorang wanita warga emas cedera di kepala akibat terjatuh selepas diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, di sini, petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa berusia 69 tahun itu turut mengalami kerugian berjumlah RM1,200 berikutan rantai emasnya diragut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada anak saudara mangsa memaklumkan kejadian itu pada pukul 2 petang.

“Kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa, ketika hendak melintas jalan, suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna hitam datang dari arah belakang dan terus meragut rantai emas dipakainya.

“Siasatan awal mendapati terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut dan kita meneliti rakaman itu untuk menjejaki suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Hamzah, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini