SEREMBAN – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki cuba merasuah seorang anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kira-kira pukul 1.26 petang semalam. Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit milik isterinya di College Height Garden Resort, Pajam dekat sini ditahan reman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 17B Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Dia didakwa menawarkan rasuah…