Wanita temui semula dompet yang dicuri 18 tahun lalu - Utusan Malaysia

Wanita temui semula dompet yang dicuri 18 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Ogos – Seorang wanita yang kehilangan dompetnya pada 18 tahun lalu, berjaya mendapatkannya kembali baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Joanne Beaven, 39, mendapati kad kredit dan lesen memandunya masih berada dalam dompet berkenaan.

Dompet itu dipulangkan oleh seorang pegawai polis tempatan di Cambrigdeshire.

Lebih mengejutkan buat wanita tersebut, foto bekas pemain bola sepak Manchester United iaitu Eric Cantona, turut masih berada dalam dompet itu.

Namun wang tunai yang berada dalam dompet berkenaan ketika hilang, telah lesap.

Dompet yang basah dan berlumpur itu dikirimkan menerusi peti surat balai polis pada Ahad lalu.

“Saya pergi ke peti surat…dan terdapat beg plastik berisi dompet. Terdapat lesen memandu beserta alamat di dalamnya.

“Jadi saya cuba mencari pemilik asal dompet terbabit,” kata pegawai polis sokongan komuniti (PCSO), Phil Davis.

Beaven kehilangan dompetnya selepas beg tangannya dicuri dari sebuah hotel di St. Ives, Cambrigdeshire pada 2000.

Beg tangannya dijumpai seminggu selepas itu, tetapi tiada tanda-tanda berhubung dompetnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN