Wanita Taiwan diusir guna kad perakuan Sukan Asia palsu - Utusan Malaysia

Wanita Taiwan diusir guna kad perakuan Sukan Asia palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 23 Ogos – Jabatan Imigresen Indonesia mengusir seorang wanita Taiwan kerana menggunakan kad perakuan Sukan Asia palsu ketika menyaksikan acara para layang di Puncak, Bogor semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Warga Taiwan Elsa May diusir hari ini menaiki China Airline dan pulang ke Taipei dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta,” kata jurucakap Imigresen, Agung Sampurno, semalam.

Agung menjelaskan, Elsa dilaporkan telah mengganggu acara berkenaan yang berlangsung di Gunung Mas.

Elsa, katanya, menggunakan kad milik orang lain sedangkan dia bukan atlet atau pegawai kejohanan tersebut.

Bukan sahaja menggunakan kad perakuan palsu, Elsa juga memasuki mesyuarat dan mengganggu perjalanan mesyuarat dengan bertanyakan soalan yang tidak munasabah.

Tempo.co melaporkan pengurus pasukan para layang Indonesia, Wahyu Yuda Dewanto berkata, dia ada bertemu dengan wanita berkenaan pada Isnin lalu.

“Dia menggunakan kad perakuan rakannya untuk masuk ke khemah peserta,” kata Wahyu.

Bagaimanapun katanya, Elsa mengaku telah melanggar peraturan dan meminta maaf dan diarahkan meninggalkan arena Sukan Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN