GUA MUSANG 26 Ogos – Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 23, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Gua Sejuk di sini kira-kira pukul 6.15 pagi tadi. Mangsa, Nur Syazwani Mohd Hanapi, 26, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Muhammad Syazwani, 25, yang turut berada di dalam kereta tersebut cedera ringan. Bagaimanapun pemandu bas dan pembantunya serta 44 penumpang yang dalam perjalanan…