KUALA LUMPUR 9 Ogos – Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol semasa ditahan dalam sekatan jalan raya oleh anggota polis, seorang jurujual minuman keras didenda RM5,500 atau penjara lima bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Chin Nyee Ting, 30, didakwa memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru, nombor pendaftaran VA 6698 di bawah pengaruh alkohol di dalam badan sebanyak 288 miligram (mg)/100 militer (ml) darah…









