MEDAN 21 Ogos – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan membuat aduan berhubung bunyi azan ‘yang terlalu kuat’ di sebuah masjid.
Memuatkan artikel berkaitan…
Meiliana, 44, didapati bersalah menghina agama Islam selepas menyuruh masjid di kawasan perumahannya untuk memperlahankan bunyi pembesar suara kerana ia terlalu kuat dan ‘menyakitkan’ telinganya.
Mahkamah di bandar Medan, pulau Sumatra berkata tindakan wanita itu pada dua tahun lalu telah mencetuskan rusuhan oleh penduduk Muslim di kuil-kuil milik Buddha.
Sesetengah daripada penduduk China di kawasan itu terpaksa melarikan diri. – AFP











