GAZA CITY 9 Ogos – Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Genting Gaza malam tadi sebagai tindak balas kepada kira-kira 180 roket dan mortar dilancarkan ke wilayah rejim Zionis mengakibatkan tiga penduduk Palestin termasuk seorang bayi terbunuh dalam satu lagi keganasan baharu antara kedua-dua pihak. Kebanyakan roket dilancarkan pejuang Palestin itu bagaimanapun jatuh di kawasan terbuka dengan dua daripadanya mengenai Bandar Sderot dekat Genting Gaza memaksa siren dibunyikan sepanjang malam…










