PERJALANAN karier seni penyanyi kecil molek Wani tidaklah terlalu deras jika dibandingkan dengan ramai rakan seperjuangannya yang lain ketika ini, namun graf seninya sentiasa konsisten. Ironinya, ini merupakan tahun kelima Wani dalam industri. Tidak keterlaluan jika dikatakan, saat rakan seangkatan bawah syarikat pengurusan sama iaitu FMC sudah jauh ke hadapan mencipta populariti, Wani dilihat agak ketinggalan di belakang. Menyedari situasi tersebut, dengan tenang penyanyi berusia 21 tahun menyatakan pendirian. Sedikit…










