PETALING JAYA 5 Ogos- Borang pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR 2018 di sini, hari ini. Borang pencalonan beliau yang dicadangkan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diserahkan oleh Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin sebagai penyokong pada kira-kira 11.15 pagi. Setiausaha JPP MPP PKR 2018, Ismail Yusof mengumumkan penerimaan borang pencalonan berkenaan. Sementara…










