KOTA KINABALU – Wabak selsema burung yang melanda Kampung Kaulauan, Tuaran dekat sini berada dalam keadaan terkawal. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, usaha mengawal wabak tersebut daripada merebak giat dijalankan. Menurut Christina, setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tidak menerima sebarang laporan mengenai jangkitan wabak berkenaan terhadap manusia. “Kita bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri (JPV) sememangnya menjalinkan kerjasama melakukan pemantauan. “Kita mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi…