BEIJING – Wabak selesema babi Afrika di China boleh merebak ke kawasan-kawasan lain di Asia, demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dalam amarannya semalam ketika China selaku pengeluar daging babi terbesar dunia berusaha mengekang penyakit itu. Beijing telah menghapuskan lebih 24,000 ekor babi di empat wilayah untuk mengelakkan penyakit tersebut daripada terus menular, kata FAO dalam satu kenyataan. Wabak selesema babi Afrika pertama dilaporkan awal bulan ini.…










